Input pertanian mahal, petani disaran guna baja, racun organik

Input pertanian mahal, petani disaran guna baja, racun organik

NURULHISHAM Yaakob (tiga dari kiri) bergambar bersama wakil penerima sumbangan daripada pelbagai agensi barisan hadapan di Dewan 2020, Kangar, Perlis, hari ini. - FOTO/SYED AZLAN SAYID HIZAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Petani dan pekebun harumanis di negeri ini disaran supaya menggunakan racun dan baja organik susulan kenaikan harga input pertanian yang melonjak tinggi di seluruh negara sekali gus dapat mengurangkan penggunaan racun berasaskan bahan kimia.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Nurulhisham Yaakob berkata, penggunaan baja dan racun organik boleh dijadikan alternatif buat masa ini susulan kenaikan harga input pertanian sehingga mencecah 60 peratus yang menjejaskan para petani apabila terpaksa menanggung kos tinggi.

Katanya, kenaikan yang berlaku itu berkemungkinan disebabkan wabak Covid-19 di mana pengeluar racun dan baja tidak dibenarkan beroperasi akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta ketiadaan bahan mentah untuk pengeluaran input pertanian itu.

“Buat masa sekarang, kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sedang bekerjasama dengan pengimport input pertanian dari luar untuk mendapatkan bekalan.

“Masalah kenaikan harga ini dijangka berkurangan menjelang tahun hadapan sekiranya pandemik keadaan Covid-19 bertambah baik,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Kempen Promosi Hasil Tanaman Ladang myGap dan Produk Industri Makanan sempena Program MAFI Prihatin peringkat negeri Perlis di Dewan 2020, di sini hari ini.

Sebagai rekod, myGAP adalah skim persijilan Amalan Pertanian Baik (APB) berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk berkualiti, selamat dan sesuai dimakan selain hasil pertanian mudah dikenali serta dapat bersaing di peringkat domestik dan antarabangsa.

Dalam program sama, Nurulhisham turut menyampaikan sumbangan kepada 500 penerima yang terdiri daripada anggota barisan hadapan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pengeluaran hasil harumanis tahun depan dijangka lewat manakala hasil tuaian pula dijangka bermula pada April tahun hadapan.

“Pengeluaran harumanis tahun hadapan bermula lewat sedikit berbanding tahun ini susulan perubahan cuaca tidak seperti diramalkan Jabatan Pertanian.

“Mengikut jangkaan Jabatan Pertanian, selepas habis musim hujan, tanaman tersebut akan mula mengeluarkan bunga pada penghujung Disember atau awal Januari tahun hadapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya