Individu positif Covid-19 turut keluar mengundi - Utusan Malaysia

Individu positif Covid-19 turut keluar mengundi

SEORANG warga emas membuang undi pada Pilihan Raya Negeri Melaka di ekolah Kebangsaan Jeram, Masjid Tanah. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr. Rusdi Abd Rahman mendedahkan terdapat seorang individu yang positif Covid-19 turut keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka  hari ini.

Dalam satu kenyataan beliau berkata, individu itu mengundi dia di Alor Gajah.

Perkara itu katanya, diketahui melalui notifikasi yang diterima Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah daripada Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Melekek.

“Keputusan ujian bagi pesakit ini diterima dari makmal swasta setelah beliau selesai proses mengundi. Pesakit ini tidak menunjukkan sebarang gejala pada waktu mengundi,” kata Rusdi.

Oleh itu katanya, saluran mengundi terlibat telah ditutup sementara untuk dinyah cemar dan bilik baharu telah dibuka sebagai saluran mengundi dengan menggunakan peralatan baru.

Kejadian itu berlaku di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Jeram di mukim Masjid Tanah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya