Imej pasar malam ditransformasi  - Utusan Malaysia

Imej pasar malam ditransformasi 

REEZAL Merican Naina Merican bergambar kenangan selepas menyampaikan sijil PBT cemerlang bersempena sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan 2021 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bakal melancarkan inisiatif transformasi pasar malam pada akhir bulan ini sebagai satu mekanisme meningkatkan keyakinan rakyat pasca pandemik ini.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ini termasuklah saringan kesihatan peniaga dan pelanggan, penjarakan fizikal gerai-gerai dan antara penjual dengan pelanggan, laluan sehala serta penyeragaman pengoperasian pasar malam.

Beliau berkata, inisiatif transformasi itu turut melibatkan menaik taraf kemudahan asas tapak dan peningkatan imej pasar malam dengan menjadikan lokasi Putrajaya sebagai model permulaan pelaksanaan inisiatif itu.

“Marshal Pasar Malam juga akan diperkenalkan melibatkan pemerkasaan komuniti serta penglibatan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memastikan perjalanan operasi pasar malam berjalan dengan lancar, tiada perkumpulan berlaku di pintu masuk atau semasa keluar dari kawasan pasar malam.

“Program Transformasi Pasar Malam ini akan diperluaskan kepada seluruh negara pada tahun hadapan sebagai program kebangsaan untuk memperkasakan komuniti di dalam menghadapi  era endemik Covid-19,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia 2021 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Reezal berkata, soal kesihatan persekitaran adalah berkait dengan agenda kerajaan iaitu Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Beliau menjelaskan, pihak kementerian mempunyai tanggungjawab besar dalam ANMS  khususnya di bawah Teras 4 iaitu Memantapkan Kebersihan  Persekitaran. sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dalam usaha mewujudkan Persekitaran Berdaya Huni.

Katanya, terdapat empat program dasar telah dilaksanakan bagi menyokong ANMS itu di beberapa PBT terpilih  dan akan diperluaskan lagi ke seluruh negara.

Empat program itu ialah kempen sanitasi dan disinfeksi di kemudahan awam dan premis akses awam secara kendiri; kempen naik taraf dan promosi kebersihan tandas awam; kempen bina upaya komuniti bagi membasmi aedes di kawasan wabak/hotspot denggi, dan kempen naik taraf kemudahan asas dan kebersihan pasar malam yang dilaksanakan di kawasan PBT terpilih.

Sementara itu, dalam program itu, Reezal Merican turut menyampaikan anugerah kepada lapan PBT cemerlang daripada keseluruhan 105 pencalonan dalam pelaksanaan program Kesihatan Persekitaran KPKT 2021.

Ia melibatkan Program Membasmi Wabak dan Hotspot Denggi; Program Tandas Awam Bersih; Program Premis Makanan Bersih dan Program Pasar Awam Bersih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya