Obses mahukan kepala bayi 'bulat sempurna', ibu bapa di China pakaikan bayi topi keledar

Obses mahukan kepala bayi ‘bulat sempurna’, ibu bapa di China pakaikan bayi topi keledar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Golongan ibu bapa di China kini semakin ‘obses’ untuk mendapatkan bentuk kepala bayi yang bulat dan disifatkan ‘sempurna’ apabila memakaikan topi keledar khas pada kepala anak-anak mereka.

Diketahui, tengkorank bayi masih lembut dan mudah dibentuk, menyebabkan golongan ibu bapa memakaikan topi keledar tersebut untuk mendapatkan bentuk kepala yang bulat sempurna.

Disebabkan trend tersebut, beberapa syarikat mengambil kesempatan menghasilkan topi keledar bagi tujuan itu.

Kebanyakan ibu bapa yang ditemukan menzahirkan kebimbangan sekiranya anak mereka terkena sindrom kepala rata yang disebabkan oleh bayi baring dalam posisi terlentang untuk jangka masa panjang.

Bagi mengelakkan masalah tersebut, ibu bapa memilih untuk memakaikan bayi mereka topi keledar khas.

Sambutan topei keledar tersebut amat menggalakkan, menyaksikan golongan ibu bapa berpusu-pusu ke kedai atau membelinya secara dalam talian.

“Saya rasa, pakai topi keledar ini sama fungsi dengan pendakap gigi yang tujuannya mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk,” kata seorang ibu yang enggan dikenali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya