I-Huffaz bantu tahfiz terkesan akibat Covid-19 - Utusan Malaysia

I-Huffaz bantu tahfiz terkesan akibat Covid-19

Pengurusan Akademik Tahfiz Al-Islah bergambar bersama-sama pelajar dalam perasmian program i-Huffaz dan Pelancaran Buku Makhraj Huruf di Putrajaya baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelajar tahfiz al-Quran yang terkesan akibat penularan Covid-19 kini berpeluang meneruskan pelajaran mereka di bawah kendalian Akademik Tahfiz Al-Islah.

Pengarah Urusannya, Saiful Islam Mohamed Nasir berkata, menerusi program ini, setiap pelajar tahfiz yang mahu menyambung pengajian boleh berbuat demikian dengan mengikuti kaedah pembelajaran dalam talian dikenali sebagai I-Huffaz.

Katanya, menerusi pengenalan program itu juga, ia dapat membantu  pengurusan tahfiz yang tidak mempunyai dana dengan hanya bergantung kepada sumbangan dan yuran pelajar sebelum ini.

“Kami cuba membantu sebaik mungkin membela nasib anak-anak tahfiz yang masih memerlukan pengajaran serta ilmu. Justeru, Akademi Tahfiz Al-Islah tampil menjadi penggerak utama dengan melancarkan pengajian tahfiz dalam talian iaitu I- Huffaz sebagai alternatif agar pelajar-pelajar dapat meneruskan pengajian mereka.  

 “Malah, niat kami mahu menyelamatkan pusat tahfiz yang terkesan. Jadi, apabila kami dapat berita tentang penutupan tersebut,  mereka dipanggil untuk bernaung di bawah kami dengan cuba sedaya upaya untuk membantu serta menyelesaikan segala hutang mereka,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

 Menerusi pengajian AL-Quran dalam talian ini, tenaga pengajar tetap akan turut bersama-sama sebagai guru pembimbing.

Dalam pada itu, Saiful Islam berkata, pihaknya turut mencetak sebanyak 10,000  naskhah buku Makhraj Huruf untuk kegunaan pelajar dan sesiapa sahaja yang berminat.

 “Di pusat tahfiz, mereka membaca secara hafazan, namun kadang-kadang banyak hukum-hukum (dalam bacaan) yang tidak diteliti.

 “Jadi inilah peluang untuk mereka meneliti semula bagaimana cara sebutan, bacaan dan sebagainya,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya