"Hanya tidak setuju Malaysia keluarkan jenama arak sendiri" - Syamsul Yusof - Utusan Malaysia

“Hanya tidak setuju Malaysia keluarkan jenama arak sendiri” – Syamsul Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof menempelak kenyataan dangkal seorang pengguna media sosial berhubung isu arak yang menggemparkan negara baru-baru ini.

Syamsul menerusi Instagram (IG) mendakwa individu terbabit tidak memahami isu sebenar yang semakin hangat diperkatakan ketika ini.

“Kebodohan apakah ini? Arak sudah penuh jual dekat negara ini kan?

“Sekarang ini isunya bukan kita minta ban (haramkan), tidak jual terus (yang mana, lebih elok).

“Hanya tidak setuju Malaysia keluarkan jenama arak sendiri, siap guna nama arak yang mengelirukan dan ia diluluskan pemimpin islam. Itulah isunya,” jelas Yusoff.

Terdahulu, pengguna Instagram yang tidak dikenal pasti identitinya itu dalam kenyataannya beranggapan masyarakat bukan Islam akan marah sekiranya hak mereka untuk menikmati arak dinafikan.

“Cakap 1Malaysia. 1Malaysia berbilang agama dan kaum kan? Kalau dia orang sekat terus arak itu, mungkin orang yang beragama selain daripada Islam akan marah sebab mereka tak dapat hak mereka, sedangkan orang Islam dapat haknya sendiri.

“Ingat orang Islam sahaja yang ada dekat Malaysia ini? Dia orang nak buat sesuatu itu dia orang fikir macam kesan baik buruk, bukan buat suka.

“Kalau di Malaysia ini semuanya beragama Islam mesti arak itu sudah lama diharamkan,” tulisnya.

Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam pengeluaran arak jenama Timah yang didakwa menghina agama Islam selain produk minuman beralkohol itu dipercayai berbahaya kerana kandungan alkoholnya sangat tinggi.

Malah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel Bayan Linnas Siri Ke-244: Jenama Arak: Hormati Sensitiviti Muslim menegaskan, jenama itu mesti ditarik dan diubah serta-merta, manakala gambar yang digunakan juga hendaklah tidak menyentuh sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya