Gol awal mampu 'bunuh' semangat lawan - Faisal - Utusan Malaysia

Gol awal mampu ‘bunuh’ semangat lawan – Faisal

PEMAIN Terengganu, David Da Silva (kiri) dan Makan Konate (kanan meraikan gol kedua skuad Penyu yang dijaringkan Faisal Abdul Halim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pemain sayap Terengganu FC, Faisal Abdul Halim berazam meneruskan rentak cemerlang untuk membawa pasukan itu ke separuh akhir Piala Malaysia.

Katanya, Sang Penyu tidak sesekali memandang rendah cabaran Sarawak United dalam suku akhir kedua malam ini di Stadium UiTM, Shah Alam, dengan bekalan 2-1 yang masih belum selamat buat mereka.

“Secara peribadi saya sangat gembira dengan prestasi musim ini sejak saingan liga dan berharap dapat mengekalkan momentum untuk membantu pasukan.

“Kami akan berusaha memburu gol awal untuk membunuh semangat pasukan lawan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Faisal berkata, Terengganu tidak boleh mengulangi sikap leka seperti dalam pusingan pertama Ahad lalu hingga menyaksikan pasukan lawan memperoleh satu gol berharga.

Tambahnya, Sarawak United yang diketuai penyerang import, Uche Agba, berupaya mengejutkan Sang Penyu jika dibenarkan bergerak bebas.

“Terdapat kelemahan yang perlu diatasi dan kesilapan dibolosi gol mudah tempoh hari tidak boleh berlaku lagi. Apa yang penting kami kekal beraksi sebagai satu unit,” ujarnya..

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya