GKP 4.0 Fasa 2 mula diagihkan hari ini - Tengku Zafrul

GKP 4.0 Fasa 2 mula diagihkan hari ini – Tengku Zafrul

TENGKU Zafrul Tengku Abdul Aziz meninjau aktiviti perniagaan PKS di KL Sentral, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bayaran Geran Khas Prihatin atau GKP 4.0  Fasa 2 mula diagihkan kepada lebih sejuta peniaga perusahan kecil dan sederhana (PKS) bermula hari ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bayaran Fasa 2  itu melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan sebanyak RM500 juta.

Beliau berkata, secara keseluruhan, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada lebih sejuta juta PKS mikro di bawah GKP sejak Covid-19 melanda negara adalah sebanyak RM6.08 bilion.

“Melalui Bajet 2022, kerajaan terus kekal memberikan sokongan kepada PKS Mikro di seluruh negara. PKS Mikro boleh melihat manfaat yang sesuai untuk perniagaan mereka di portal Bajet 2022: https://budget.mof.gov.my/manfaat/,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, beliau akui teruja dengan cara PKS Mikro memanfaatkan GKP yang diberikan kerajaan sejak awal pandemik.

Tengku Zafrul berkata, selepas Majlis Perasmian Pas Keluarga Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di KL Sentral semalam, beliau sempat meninjau aktiviti perniagaan di hab pengangkutan awam itu.

“Saya mengambil peluang bertemu dengan penerima GKP yang berniaga sekitar KL Sentral dan sempat beramah mesra dan mendengar perkongsian daripada Puan Mazlin. Teruja saya mendengar cerita Puan Mazlin mengenai cara beliau memanfaatkan GKP 1.0 yang pertama diberikan oleh kerajaan.

“GKP 1.0 menjadi titik tolak beliau untuk mula berniaga kopi selain perniagaan baju. Kini beliau telah mengembangkan perniagaan dengan membuka dua lagi cawangan di stesen yang lain,” katanya.

Katanya, beliau berharap peniaga kecil seperti Puan Mazlin akan terus memanfaatkan bantuan yang disalurkan kerajaan seperti GKP ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya