Gambar Ketua Polis Kedah disalah guna, polis siasat program agro tidak wujud - Utusan Malaysia

Gambar Ketua Polis Kedah disalah guna, polis siasat program agro tidak wujud

ADZLI ABU SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Polis mengesan penggunaan nama dan gambar Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat pada poster berkaitan program agro di Instagram yang mana program tersebut didapati tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, laporan polis berhubung perkara itu dibuat pegawai kanan polis berpangkat asisten superintenden yang bertugas di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini hari ini.

Kata beliau, hantaran poster mengenai Program Presiden Agro Malaysia Turun Padang Jumpa Usahawan Agro dimuat naik oleh pemilik akaun Instagram menggunakan nama datosrig.

“Siasatan awal mendapati pihak terlibat yang menggunakan gelaran Datuk Seri tersebut telah memuat naik poster bersama artikel yang memaparkan gambar dan nama Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat.

“Turut dipaparkan gambar dan nama kerabat Diraja Kedah, Yang Mulia Tunku Nur Muhammad Ibni Almarhum YTM Lt Kol Tunku Adnan dan Pengerusi Agro Kedah, Datuk Wan Zulkifli,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, berdasarkan poster itu, program berkenaan dijadual berlangsung di Sungai Petani hari ini dan pengisian program antaranya majlis penanaman pokok, majlis pembukaan restoran dan majlis penyerahan bantuan bakul makanan Agro Malaysia. 

“Semakan telah dibuat melalui pihak-pihak yang berkenaan dan mendapati program tersebut tidak wujud,” jelasnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehubungan itu, polis menafikan dengan keras penglibatan Ketua Polis Kedah dalam program tersebut. Mereka yang terlibat akan dipanggil ke IPD Kuala Muda dalam masa terdekat bagi dirakamkan percakapan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya