PETALING JAYA: Penyanyi dah usahawan terkenal,berkongsi gambarnya yang disunting pihak-pihak sehingga menjadi muka khinzir sangat mengejutkan warganet.
Bagaimanapun, menerusi perkongsiannya di Instagram, Iqbal menyifatkan perkara yang berlaku itu berikutan dirinya yang mempunyai banyak kekhilafan.
Justeru, katanya, perkara itu harus diterima dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.
“Saya memohon maaf atas segala perbuatan yang mengundang kemarahan semua di sini. Sedikit pun saya tidak berdendam kerana saya tahu tidak kesemua perkara saya lakukan itu betul.
“Doakan saya dapat menjadi lebih baik. Saya betul-betul meminta maaf atas segala yang tidak menyenangkan,” katanya dalam hantaran itu.
Hantaran itu hadir bersama gambar usahawan itu yang sudah disunting dengan penambahan yang tidak sepatutnya.
Penyanyi itu sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila merealisasikan debut terbarunya berjudul Hujan.
Bagaimanapun, warganet dilihat hampa dengan perbuatan Iqbal itu dan menyifatkan perbuatan yang sering dipamerkannya sebagai angkuh.
Sekadar informasi, lagu berjudul Hujan ciptaan anggota kumpulan Floor88 itu mengisahkan sebuah kisah perjalanan hidup usahawan terbabit.
Kini, video klip lagu berkenaan telah mencecah hampir sejuta tontonan menerusi saluran Youtube Rusa Music. – UTUSAN ONLINE