Fenomena air pasang besar jejas 20 lokasi di Terengganu - Utusan Malaysia

Fenomena air pasang besar jejas 20 lokasi di Terengganu

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu memantau fenomena air pasang besar di Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus, hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Lebih 20 penempatan di seluruh negeri ini berdepan risiko dilanda banjir ekoran fenomena air pasang besar yang melanda hingga minggu depan.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Mohd. Rosman Abdullah berkata, antara kawasan itu ialah di Kuala Ibai, Kuala Terengganu; Kuala Besut dan Kampung Pengkalan Atap, Besut; Kampung Seberang Pintasan, Dungun; Kampung Baru Kemasuk, Kemaman dan Rusila di Marang.

Katanya, pantai peranginan seperti Pantai Seberang Takir di sini, Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu dan Pantai Kelulut, Marang turut diramal terjejas ekoran fenomena berkenaan.

“Fenomena air pasang besar diramal berlaku empat kali sepanjang bulan ini dengan ketinggian ombak dijangka mencecah antara 2.4 meter hingga 2.9 meter.

“Sepanjang tempoh hingga 13 November itu, jika berlaku berlaku hujan lebat luar biasa, maka semua lokasi terbabit berkemungkinan besar dilanda banjir,” katanya ketika memantau fenomena tersebut di Pantai Seberang Takir di sini kelmarin.

Sehubungan itu, Mohd. Rosman menasihatkan orang ramai agar berwaspada dan menjauhi kawasan pantai serta muara sungai.

Katanya, APM negeri telah mengambil langkah proaktif memantau lokasi-lokasi berisiko berkenaan dengan bantuan beberapa agensi lain. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya