Enam penuntut UPNM dipenjara 18 tahun sebabkan kematian Zulfarhan tanpa niat - Utusan Malaysia

Enam penuntut UPNM dipenjara 18 tahun sebabkan kematian Zulfarhan tanpa niat

ALLAHYARHAM Zulfarhan Osman Zulkarnain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selepas didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat terhadap Pegawai Kadet Laut universiti itu, Zulfarhan Osman Zulkarnain, empat tahun lalu.

Mereka terdiri daripada Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali.

Kesemuanya terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Hakim Datuk Azman Abdullah membebaskan mereka daripada tuduhan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan menggantikannya dengan sabitan di bawah Seksyen 304(a) kanun yang sama.

Hakim Azman turut menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap lima daripada enam penuntut (kecuali Mohamad Shobirin) bersama 12 yang lain selepas mendapati mereka bersalah mencederakan Zulfarhan.

Mereka ialah Mohd. Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala dan Luqman Hakim Shamsuri.

Tertuduh lain ialah Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Ady Sany dan Mohamad Syazwan Musa.

Hukuman penjara berkuat kuasa secara serentak. Mahkamah membenarkan pelaksanaan hukuman penjara 18 tahun bagi keenam-enam penuntut ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan sementara hukuman penjara tiga tahun berkuat kuasa hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN