Empat sekawan keluar makan malam berakhir tragedi

Empat sekawan keluar makan malam berakhir tragedi apabila MyVi terbabas

KENDERAAN Perodua MyVi yang dinaiki mangsa mengalami kerosakan teruk akibat terbabas di Jalan Gedung Empat, Tawau, semalam. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Hasrat empat sekawan keluar untuk makan malam berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut setelah kenderaan yang dinaiki terbabas ketika cuba mengelak anjing di Jalan Gudang Empat, Tawau, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 malam itu, mangsa Nur Fadhilah Abdul Salam, 23, yang berada di tempat duduk penumpang belakang maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Ak Umbuas berkata, dua daripada empat mangsa mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Tawau, manakala seorang lagi terselamat dari sebarang kecederaan.

“Ketika kejadian, kesemua tiga perempuan dan seorang lelaki yang merupakan pekerja sebuah pasar raya sedang dalam perjalanan untuk makan malam sebelum kenderaan dinaiki mereka terbabas apabila cuba mengelak anjing yang berada di laluan.

“Kenderaan mangsa kemudiannya terbabas ke sebelah kanan jalan sejauh 38 meter dan kemalangan itu menyebabkan kereta Myvi dinaiki mengalami kerosakan secara keseluruhan dipercayai telah berpusing sebelum terbabas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibat kemalangan itu, penumpang bahagian belakang Nur Fadhilah maut di lokasi kejadian manakala, pemandu wanita dan seorang lelaki, Suhaieri Sumardi, 19, mengalami kecederaan dan dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Tawau. Penumpang hadapan, Haslinda Hasbullah, 24, tidak mengalami kecederaan.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki maut apabila kereta Perodua Axia dinaiki bertembung dengan sebuan pacuan empat roda di Jalan Papar Lama-Penampang berhampiran Kampung Ramayah, Putatan pada pukul 5.05 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitenden Mohd. Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati, pemandu pacuan empat roda iaitu seorang lelaki berusia 28 tahun yang sedang dalam perjalanan dari Penampang ke Lok Kawi hilang kawalan lalu terbabas ke arah bertentangan.

“Semasa kejadian, pemandu Perodua Axia yang berusia 28 tahun tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan pacuan empat roda tersebut.

“Akibat rempuhan berkenaan, pemandu Perodua Axia meninggal dunia di lokasi kejadian akibat patah tulang leher dan disahkan oleh pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth,” katanya.

Sementara itu, pemandu pacuan empat roda bersama dua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya