Empat rumah kedai usia lebih 60 tahun terbakar di Chukai - Utusan Malaysia

Empat rumah kedai usia lebih 60 tahun terbakar di Chukai

BOMBA memadamkan kebakaran di empat rumah kedai dua tingkat di Jalan Sulaimani di Chukai, Kemaman, Terengganu, hari ini. - NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Empat rumah kedai dua tingkat berusia lebih 60 tahun musnah dalam kebakaran di Jalan Sulaimani, berhadapan Pasar Besar Chukai, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan semua mangsa sempat keluar dari premis berkenaan.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, keadaan cuaca yang panas di samping angin kencang menyebabkan api cepat merebak di deretan rumah kedai kayu itu, namun kepantasan anggota bomba menyelamatkan dua lagi kedai daripada terbakar.

“Struktur premis yang diperbuat daripada kayu menyukarkan operasi pemadaman kerana risiko berlaku runtuhan, namun kebakaran dikawal kira-kira pukul 3.18 petang.

“Kita masih menyiasat punca kejadian dan anggaran kerugian,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya