Empat rumah kedai berusia 100 tahun musnah terbakar 

Empat rumah kedai 100 tahun terbakar 

EMPAT rumah kedai dan sebuah rumah kayu musnah terbakar di Kampung Batu Satu, Temerloh, Pahang. - FOTO/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Deretan empat kedai dan sebuah rumah kayu berhampiran masjid Kampung Batu Satu Temerloh berusia 100 tahun musnah terbakar dalam kejadian kebakaran kira-kira pukul 4 pagi hari ini. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ir. Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, bomba menerima panggilan pada pukul 4.17 pagi dan empat jentera bersama 28 anggota tiba pada pukul 4.27 pagi. 

Tambah beliau, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu dan punca kejadian serta kerugian masih dalam siasatan pihak bomba. 

“Kebakaran dapat dikawal pukul 5.10 pagi. Pihak forensik sedang menyiasat punca kebakaran yang menyebabkan ikon Temerloh itu musnah,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini. 

Sementara itu, seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengalami masalah tidur pada waktu malam menjadi penyelamat dan menyedari kejadian. 

Wanita berkenaan, Norwati Mohamad, 49, yang tinggal seorang diri bertindak mengetuk pintu rumah jiran bagi memberitahu kejadian kebakaran itu. 

“Semasa kejadian saya berada di rumah dan apabila melihat luar rumah saya nampak api marak di sebuah kedai menyebabkan saya keluar dan mengetuk pintu rumah jiran minta mereka menghubungi bomba,” katanya. 

Tambahnya, semasa kejadian api memang marak begitu cepat dan dia bersyukur kerana semua jiran dapat menyelamatkan diri serta tidak mengalami kecederaan. 

Seorang lagi mangsa, Zalehar Mohamad, 57, berkata, kejadian yang berlaku sepantas kilat itu menyebabkan dia yang tinggal bersama adik dan juga anak saudaranya tinggal sehelai sepinggang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya