Empat Pusat Pemindahan Sementara banjir di Kota Setar ditutup

Empat PPS di Kota Setar ditutup

ANGGOTA APM mengemas PPS di SK Convent, Alor Setar yang ditutup hari ini. - IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di negeri ini yang masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Pendang dan Kota Setar berkurangan kepada 343 orang daripada 91 keluarga sehingga pukul 4 petang ini.

Ketua Bahagian Sekretariat Bahagian Pengurusan Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd. Muaz Mohd. Yusof berkata, dua PPS yang masih aktif di daerah Pendang ialah Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah dan Dewan Cenderawasih.

“Seramai 170 mangsa daripada 43 keluarga masih berada di PPS Dewan Rakan Sukan dan 59 mangsa daripada 20 keluarga di PPS Dewan Cenderawasih,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, sementara di daerah Kota Setar, hanya satu PPS yang masih beroperasi iaitu PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent melibatkan seramai 114 mangsa daripada 28 keluarga.

“Sebanyak empat PPS lagi di daerah Kota Setar iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti, PPS SK Darul Hikmah, PPS SK Convent dan PPS SMK Simpang Kuala ditutup hari ini,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya