Empat beradik disyaki rogol adik tiga tahun lalu ditahan

Remaja perempuan jadi hamba seks kepada empat abang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menjadi hamba seks kepada empat abang sendiri apabila dia di rogol sejak tiga tahun lalu.

Kegiatan itu terbongkar apabila mangsa menceritakan perbuatan keji keempat-empat abangnya itu kepada ibunya baru-baru ini.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat berhubung kejadian tersebut pada Ahad lalu.

Ekoran daripada laporan tersebut keempat-empat abang kandung mangsa yang berusia 17 hingga 36 tahun telah ditahan polis.

“Kesemua suspek yang berusia antara 17 hingga 36 tahun ditahan di lokasi berasingan di daerah ini dengan dua daripadanya ditahan kira-kira pukul 5 petang kelmarin.

“Difahamkan empat beradik lelaki itu adalah daripada bapa yang sama namun berlainan ibu dengan mangsa,” katanya sumber hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

“Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan 14(A) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya