Elak situasi luar jangka jangkitan Covid-19 - Utusan Malaysia

Elak situasi luar jangka jangkitan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai diminta untuk terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang situasi luar jangka terutamanya dalam keadaan negara menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan bencana alam. 

Presiden Persatuan Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPKAM), Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, peningkatan kes jangkitan wabak Covid-19 yang dilaporkan semalam boleh disifatkan masih stabil, namun semua pihak perlu sentiasa berwaspada. 

Katanya, ini berikutan dua perkara yang merisaukan adalah PRN Melaka dan bencana alam seperti mana yang banjir yang berlaku di Kedah.

“Turun naik kes jangkitan wabak masih stabil berikutan masih kurangnya kes yang tidak serius, namun kita tidak lihat (peningkatan) kecuali berlaku lonjakan kes luar jangkaan.

“PRN Melaka dan bencana alam mungkin merisaukan dengan pertambahan pergerakan terutamanya perpindahan mangsa yang terkesan banjir ke pusat pemindahan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. 

Semalam, sebanyak jumlah 5,071 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan menjadikan kes kumulatif sebanyak 2,481,339 kes. 

Perkembangan itu menyaksikan peningkatan jangkitan itu berbanding 4,626 kes baharu yang dilaporkan Isnin lepas. 

Bagaimanapun, daripada kes yang dilaporkan setakat isnin itu, sebanyak 94 kes atau 2.0 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala 4,532 kes atau 98 peratus lagi terdiri daripada kategori satu serta dua. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya