Edisi Siasat: 11 individu buat laporan - Utusan Malaysia

Edisi Siasat: 11 individu buat laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 11 laporan diterima polis daripada individu yang dikaitkan dengan dakwaan kes salah guna kuasa dan rasuah sepertimana yang didedahkan Edisi Siasat melalui laman Twitternya @edisi_siasatmy.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, siasatan dilakukan daripada pelbagai sudut termasuk aspek penafian individu yang didakwa.

“Kita kena siasat kedua-dua pihak membabitkan pengadu dan pengguna laman Twitter itu. Kita boleh menjalankan siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Bagaimanapun, macam isu rasuah ia di bawah tanggungjawab Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) maka mereka boleh siasat perkara itu,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat Komersial Bukit Aman di sini hari ini.

Tambahnya, pihaknya masih dalam proses mengenal pasti individu di sebalik laman tersebut.

“Kita masih siasat siapa dalang di ‘belakang’ @edisi_siasatmy untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang membuat laporan polis berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah sepertimana yang didedahkan pengendali laman sosial Edisi Siasat.

Sejak beberapa bulan lalu, laman Twitter @edisi_siasatmy membuat ciapan dakwaan wujud salah guna kuasa melibatkan beberapa pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain beberapa pegawai tertinggi agensi penguat kuasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya