PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan kontroversi, Iqbal Zulkefli sekali lagi menimbulkan kurang senang warganet selepas pemuda itu dikatakan menabur wang bernilai RM 70,000 menerusi satu video di Youtube.
Video yang dimuat naik oleh Youtube Rusa Entertainment itu jelas kelihatan penyanyi lagu Hujan tersebut memijak wang-wang yang berselerak di lantai.
Selain itu, menerusi kandungan media berkenaan juga memperlihat seorang lagi penyanyi lelaki mengutip dan membaling semula not RM 50 itu kembali.
Oleh hal demikian, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen hantaran tersebut.
“MasyaAllah, duit pun pijak-pijak. Bila Allah dah beri rezeki melimpah, terlihat kurangnya akal seseorang,” tulis seorang penonton.
“Duit itu dekat bawah dipijak, Allah dah beri rezeki. Tahu lah dia itu kaya, tetapi perlu ke hendak mencampak rezeki?” komen lagi seorang penonton.
“Demi kandungan media, sanggup pijak-pijak rezeki yang Allah sudah beri,” komen juga salah seorang penonton.
Selain itu, ada juga segelintirnya menasihati Iqbal agar mempunyai rasa simpati terhadap orang yang kurang berkemampuan apabila menonton video tersebut.
“Banyak orang lagi susah sekarang, kau buat duit macam itu sahaja. Kau kaya tidak mengapa, tetapi jangan lah macam ini. Kesian orang susah nampak macam,” komen seorang warganet.
“Astagfirullah, sudah lah itu rezeki dipijak nanti suatu hari Allah tidak beri rezeki duit itu lagi baru tahu. Itu lah, duit RM 50 dipijak,” komen lagi seorang warganet.
Sekadar informasi, selepas seminggu penantian akhirnya debut terbaharu Iqbal berjudul Hujan telah pun dilancarkan jam 5 petang, semalam.