Duda tak mengaku seks dengan kambing - Utusan Malaysia

Duda tak mengaku seks dengan kambing

SHAARI Hasan ketika tiba di mahkamah atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina Julai lalu di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Pengakuan bersalah seorang duda atas tuduhan melakukan seks luar tabii dengan seekor kambing betina, Julai lalu ditolak oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bahru selepas lelaki terbabit tidak mengakui barang kes yang dikemukakan di mahkamah.

Shaari Hasan, 60, pada mulanya mengaku bersalah atas tuduhan melakukan seks luar tabii dengan seekor kambing betina berusia dua tahun kira-kira pukul 1.30 petang, 27 Julai lalu di belakang sebuah rumah, Kampung Sungai Buaya, Rawang di sini.

Pertuduhan terhadap warga emas itu dibuat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun ketika ditunjukkan sepasang baju iaitu kemeja T warna hijau dan seluar panjang berwarna coklat, lelaki tersebut menyatakan pakaian tersebut bukan miliknya.

Penafian tersebut menyebabkan pengakuan bersalahnya tidak boleh diterima mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khadijah Amir Hamdzah memohon agar tidak jaminan diberikan terhadap tertuduh adalah serius namun peguam bela, Zolazrai Zolkapli memohon agar anak guamnya dibenarkan ikat jamin dengan ambil kira usia tertuduh dan dia tinggal seorang diri.

Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza selepas mempertimbangkan hujah dan rayuan kedua-dua pihak, tidak menetapkan sebarang jaminan dan menetapkan 24 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Menurut laporan media sebelum ini, seorang pemilik kambing memeriksa bahagian belakang rumahnya selepas mendengar bunyi pelik daripada kambing peliharaannya.

Ketika itu, pemilik kambing yang juga seorang wanita terlihat seorang lelaki dalam keadaan separuh bogel bangun dari sebelah kambingnya dan melarikan diri.

Wanita itu kemudian memeriksa haiwan peliharaannya dan mendapati kambing berwarna putih miliknya telah mati.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin dalam laporan media tersebut menyatakan suspek telah ditahan di sebuah kawasan semak di Jalan Tengah, Kampung Sungai Buaya, Serendah dekat sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya