Dua jam tangkap ular sawa di padang golf - Utusan Malaysia

Dua jam tangkap ular sawa di padang golf

ULAR sawa batik yang ditangkap anggota APM di sebuah padang golf di Meru Raya, Ipoh, Perak, hari ini. - IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seekor ular sawa batik seberat 80 kilogram ditangkap di sebuah padang golf di Meru Raya di sini hari ini.

Kehadiran reptilia berukuran 5.4 meter itu disedari pada pukul 12 tengah hari oleh orang awam.

Ketua Shift Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kinta, Leftenan Muda (PA) Mohd. Nazri Sulaiman berkata, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian mendapati ular itu sedang berlingkar dalam semak di tepi padang golf.

Katanya, keadaan ular itu yang agresif dipercayai kerana lapar menyebabkan operasi menangkap ular tersebut mengambil masa hampir dua jam.

“Reptilia itu ditangkap menggunakan peralatan khas dan dibawa ke pejabat APM Daerah Kinta sebelum dilepaskan ke habitat asal,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya