PETALING JAYA: Dos penggalak masih perlu menjalani kajian secara terperinci sebelum boleh dijadikan sebagai syarat lengkap vaksinasi di negara ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, pakar virologi Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Sazaly Abu Bakar berkata, Kementerian Kesihatan mengambil langkah berhati-hati kerana dos penggalak belum diuji tahap keberkesanannya secara menyeluruh dalam menangani ancaman jangkitan Covid-19 pada masa akan datang. Kata beliau, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri masih mengumpul data-data yang khusus mengenai dos penggalak. “WHO belum menggalakkan sepenuhnya terhadap usaha menjadikan dos penggalak sebagai syarat lengkap vaksinasi kerana belum ada bukti-bukti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya