Dakwa Nynaa Harizal dilarikan keluarga, suami buat laporan polis - Utusan Malaysia

Dakwa Nynaa Harizal dilarikan keluarga, suami buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suami pelakon Nynaa Harizal, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas mendakwa isterinya dilarikan keluarga pelakon itu sendiri ketika mengikuti penggambaran sebuah drama pada Isnin lalu.

Mohamed Fahmi, dalam satu sidang akhbar yang diadakan baru-baru ini mendedahkan perkara tersebut.

“Saya menerima hantaran mesej daripadanya mengatakan dia telah selesai penggambaran dan sedang mengemas barang sebelum pulang. Lapan minit kemudian dia memberitahu ibu-bapanya berada di sana.

“Saya bertanya di mana dia sekarang. Katanya dia berada di dalam kereta bersama ibu, ayah dan Mimi.

“Kemudian saya bertanya kemana kamu pergi? Kenapa di dalam kereta? Katanya ‘tidak tahu’. Ayat terakhirnya bertulis Idk (I dont know).
Saya hubunginya namun telefonnya dimatikan. Hantaran mesej juga tidak dibaca,” dakwanya.

Kata Mohamed Fahmi lagi, dia telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

“Itu yang berlaku. Saya bertanya, jika perkara sama berlaku kepada isteri atau suami anda, apa yang akan anda lakukan? Anda tahu keluarga mereka melarikan mereka, namun anda tidak tahu ke mana mereka pergi.

“Jadi satu tindakan yang boleh saya ambil adalah membuat laporan polis. Saya akan menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan.

“Saya tidak tahu menahu tentang status terkini buat masa ini. Tapi apa yang pasti kita akan terima perkembangan dalam beberapa hari selepas ini.

Mengulas tentang hubungannya dengan keluarga isteri, jelas Mohamed Fahmi memang timbul isu antara kedua-dua pihak dan dia ingin bertemu mereka untuk berbincang.

“Seperti saya katakan, apa juga permasalahan, anda boleh selesaikannya. Peluang untuk selesaikan itu masih ada.

“Tetapi, pertama sekali kami perlu bersemuka. Bukan menerusi orang lain atau cakap-cakap orang.

“Jadi saya akan tunggu untuk itu,” jelasnya.

Pada masa yang sama, dia turut mengesahkan hubungannya dengan Nynaa baik dan tidak bermasalah.

Sebaliknya mereka masih tinggal sebumbung dan sering menghabiskan banyak masa bersama.

“Jika dia tidak bekerja atau pulang ke rumah atau saya selesai bekerja dan pulang ke rumah, kami luangkan masa bersama.

“Saya tidak rasakan timbul isu antara kami. Tambahan pula, tiada keperluan untuk bercakap soal gaduh memandangkan kami baru dua bulan berkahwin. Hubungan kami baik.

“Memang timbul isu antara saya dan keluarganya. Kami cuba selesai tetapi tidak berjaya. Saya fikir itulah puncanya semua ini menjadi semakin teruk,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mohamed Fahmi juga berkata tidak timbul soal wang tebusan memandangkan dia masih belum berpeluang untuk berhubung dengan pihak di sebelah sana.

“Saya ingin menjelaskan bahawa wang tebusan itu tiada. Bagaimana saya nak tahu apa mereka mahukan sekiranya saya masih belum dapat bercakap dengan mereka?

“Jadi, soal wang tebusan memang tiada,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya