Covid-19: Tiada kes kematian babitkan peniaga di Pasar Payang - Utusan Malaysia

Covid-19: Tiada kes kematian babitkan peniaga di Pasar Payang

TULAR dakwaan mengatakan ada peniaga di Pasar Payang 2, Kuala Terengganu meninggal dunia akibat Covid-19. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan negeri mengesahkan tiada kes kematian akibat Covid-19 membabitkan peniaga Pasar Payang 2 di sini sebagaimana yang tular di media sosial.

Bagaimanapun Pengarahnya, Datuk Dr. Kasemani Embong mengakui terdapat kes jangkitan dalam kalangan peniaga di pasar pelancongan terkemuka berkenaan.

Katanya, terbaharu seramai dua individu dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dengan masing-masing dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan wad Covid-19.

“Namun, kedua-dua pesakit sudah dibenarkan pulang dan semua kontak rapat telah dikenal pasti serta dikuarantin.

“Sehubungan itu, orang awam diminta tidak menularkan sebarang berita tidak sahih yang boleh mencetuskan kebimbangan dan kekeliruan masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial kononnya ramai peniaga di Pasar Payang 2 meninggal dunia di samping ditidurkan akibat Covid-19.

Menurut Kasemani, sejak 31 Oktober hingga 13 November lalu, seramai 36 daripada keseluruhan 1,000 peniaga Pasar Payang 2 dijangkiti Covid-19.

Katanya, pihaknya sentiasa memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya bagi memastikan penularan virus itu dapat disekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya