Covid-19: Resort lima bintang di Langkawi ditutup - Utusan Malaysia

Covid-19: Resort lima bintang di Langkawi ditutup

THE Datai Langkawi yang terletak di Jalan Datai, Ayer Hangat, Langkawi ditutup selama 10 hari bermula hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Sebuah resort lima bintang di Jalan Datai, Ayer Hangat di sini menutup operasi selama 10 hari bermula hari ini apabila sebanyak 16 kes positif Covid-19 dikesan di resort tersebut.

The Datai Langkawi dalam satu kenyataan di laman web rasminya memaklumkan, sebanyak 16 kes positif tersebut adalah dalam kalangan pekerjanya.

“Dalam saringan berkala secara rawak yang dilakukan kepada pekerja resort, kami mendapati ada pekerja yang didapati positif dan telah diasingkan bagi menjalani kuarantin.

“Kami telah mengambil langkah untuk mengesan kontak rapat, dan mendapati ada kes positif turut dikesan menyebabkan protokol kuarantin diaktifkan oleh pihak pengurusan,” katanya.

Bagi memastikan keselamatan pengunjung, selain menutup operasi premis, pihaknya akan melakukan sanitasi menyeluruh terhadap premis tersebut sejajar dengan keperluan Kementerian Kesihatan.

Pihak resort turut memohon maaf kepada pengunjung yang terjejas disebabkan penutupan tersebut.

Jelasnya, pengunjung yang terjejas akan dihubungi dan diberi pilihan sama ada pertukaran tarikh atau pembatalan secara percuma tanpa sebarang penalti dikenakan.

Semalam, sebanyak 4,854 kes positif baru direkodkan dengan 16 kes direkodkan di Langkawi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya