Covid-19: Kematian  kembali catat penurunan - Utusan Malaysia

Covid-19: Kematian  kembali catat penurunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 47 kes berbanding kelmarin, 64 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 pagi  ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my. 

Jumlah kematian itu menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 29,202 kes. 

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak empat daripada 47 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,907 kes.

Sebanyak 549 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 282 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 1,033 orang. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya