PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan peningkatan jumlah kematian yang dilaporkan akibat Covid-19 iaitu 70 kes berbanding kelmarin, 63 kes.
Rekod terbabit adalah setakat pukul 11 pagi ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my.
Jumlah kematian itu menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 29,045 kes.
Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 15 daripada 70 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,879 kes.
Sebanyak 557 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 300 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 1,249 orang. – UTUSAN ONLINE