LONDON: Tottenham Hotspur mengesahkan bekas pengendali Chelsea, Antonio Conte akan bersama mereka, sekali gus mewarnai semula saingan Liga Perdana Inggeris.
Spurs mengumumkan kehadiran jurulatih dari Itali itu menerusi laman sosial mereka di Twitter, sebentar tadi.
“Selamat datang ke Tottenham Hotspur, Antonio Conte,” tulis Spurs.
Welcome to Tottenham Hotspur, Antonio Conte. pic.twitter.com/3faSqLW38g
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) November 2, 2021
Conte, 52, menggantikan pengurus Spurs terdahulu, Nuno Espirito Santo dan staf kejurulatihan susulan permulaan hambar dalam saingan Liga Perdana musim ini.
Spurs tewas 0-3 kepada Manchester United di tempat sendiri Sabtu lalu, kekalahan kelima dalam 10 perlawanan yang menyebabkan mereka diejek penyokong sendiri.
Nuno yang juga bekas pengurus Wolves itu dilantik sebagai bos baharu Spurs pada Jun lalu bagi menggantikan Jose Mourinho.