Calon termuda PH mahu tingkatkan capaian internet - Utusan Malaysia

Calon termuda PH mahu tingkatkan capaian internet

FARZANA HAYANI MOHD. NASIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Usaha meningkatkan capaian internet di seluruh Melaka menjadi antara perkara yang akan diketengahkan calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Farzana Hayani Nasir.

Ketua Srikandi PKR Melaka itu berkata, keluasan jalur lebar sangat memberi impak dalam kehidupan masyarakat, antaranya memudahkan pendidikan dan menggalakkan orang ramai menceburi bidang keusahawanan secara dalam talian.

Beliau menegaskan, sebagai pelajar yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), dirinya sendiri berasa peritnya gangguan internet semasa belajar, impak semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sejujurnya saya tidak pernah terfikir akan dipilih menjadi calon untuk bertanding, namun telah sangat-sangat ready (bersedia) untuk membantu rakyat dan masyarakat di negeri Melaka.

“Sebagai mahasiswa saya sangat pentingkan rangkaian internet kerana pengalaman sebagai pelajar di rumah, ia sangat penting untuk keluarga yang mempunyai anak-anak bersekolah terutama di kawasan Sungai Rambai,” katanya ketika diwawancara secara dalam talian oleh sebuah agensi media.

Farzana Hayani, 21, merupakan calon termuda dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan kini masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Sungai Rambai menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan PH, Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

Farzana Hayani akan ditentang Siti Faizah Abdul Azis (BN), Muhammad Jefri Safry (PN) dan Nazatul Asyraf Md. Dom (Putra).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya