Calon DAP ajak lawan berbahas - Utusan Malaysia

Calon DAP ajak lawan berbahas

Kerk Chee Yee
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Calon DAP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee mengajak tiga lawannya berbahas berhubung isu masa depan rakyat Melaka.

Menurut Chee Yee, pengundi khususnya rakyat negeri ini berpeluang membuat perbandingan ideologi politik antara calon-calon yang bertanding bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Katanya, calon BN, Yong Fun Jun telah menyatakan persetujuan menyertai perbahasan tersebut manakala masih menunggu maklum balas calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Micheal Gan Peng.

“Merujuk kepada jemputan perbahasan yang dinyatakan semalam, sempena PRN Melaka ini, isu-isu yang harus diketengahkan adalah masa depan rakyat Melaka. Melalui perbahasan ini, rakyat negeri Melaka berpeluang membuat perbandingan ideologi politik antara calon-calon. 

“Saya berharap perbahasan ini mampu meningkatkan semangat demokrasi dalam kalangan masyarakat Melaka, serta menggalakkan pembicaraan politik secara rasional,” katanya dalam akaun Facebook beliau semalam.

Dalam pilihan raya itu, Chee Yee ditentang dua calon dalam pertembungan tiga penjuru bagi merebut kerusi DUN N.16 Ayer Keroh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya