Calon BN Merlimau komited selesai masalah air - Utusan Malaysia

Calon BN Merlimau komited selesai masalah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Dr. Muhammad Akmal Salleh komited untuk mengatasi masalah air di kawasan Merlimau jika terpilih sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurut beliau, bekalan air adalah isu utama yang dihadapi penduduk kampung di Merlimau.

“Komitmen saya adalah untuk memastikan kualiti kehidupan orang kampung Merlimau dijaga dengan baik dan perkara ini diatasi dengan baik,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu Dr. Muhammad Akmal memaklumkan beliau melawat loji air sambungan Merlimau untuk mendapatkan penjelasan yang jelas dengan situasi berlaku.

“Maka saya mengambil inisiatif untuk ke loji air Merlimau untuk kita dapatkan penjelasan yang jelas serta pelan tindakan yang perlu dilakukan,” jelas Dr. Muhammad Akmal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya