Cabul dan persetubuhan luar tabii: Da'i Syed dibicarakan 10 hari tahun depan - Utusan Malaysia

Cabul dan persetubuhan luar tabii: Da’i Syed dibicarakan 10 hari tahun depan

DA'I Syed akan dibicarakan Apriul tahun depan. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan perbicaraan terhadap pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atas pertuduhan mencabul dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta, didengar bermula 18 April tahun depan.

Hakim Jamaludin Mat menetapkan perbicaraan didengar selama 10 hari iaitu pada 18, 20, 21 dan 22 April dan disambung pada 25, 26, 27, 28, 29 April dan 17 Mei.

Tarikh-tarikh itu ditetapkan selepas pendakwaan yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Zamriah Zarifah Aris dan peguam Syed Amirul Syed Edros bagi pihak Syed Iqmal bersetuju dengan tarikh-tarikh berkenaan.

“Saya sudah sedia untuk dibicarakan meskipun akan mengambil masa yang panjang,” jelasnya yang turut dikenali sebagai Da’i Syed ketika ditanya pihak media selepas prosiding sebutan kes tersebut.

Syed Shah Iqmal, 26, bagaimanapun mengakui berasa takut dan berdebar namun berharap kes itu akan diselesaikan dengan cepat.

Semasa prosiding, pihak pendakwaan juga memaklumkan akan memanggil tujuh saksi pendakwaan termasuk pengadu memberi keterangan pada perbicaraan kelak.

Pada 19 Mac lalu, kes cabul yang dihadapi Syed Iqmal dibenar dipindahkan dari Mahkamah Majistret ke Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan serentak.

Ketika didakwa di Mahkamah Sesyen pada 10 Disember tahun lalu, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap penuntut kolej swasta berusia 22 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Damansara Perdana antara pukul 3 pagi dan 4 pagi pada 17 Oktober tahun lalu dan pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Di Mahkamah Majistret pula, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud hendak mencabul kehormatannya di tempat, waktu dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya