Cabaran yakinkan masyarakat ambil dos penggalak  - Utusan Malaysia

Cabaran yakinkan masyarakat ambil dos penggalak 

CHOW Kon Yeow (tengah) pada majlis menanam pokok Cassia Siamea di Batu Kawan, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU KAWAN: Pulau Pinang berdepan cabaran besar dalam mengubah minda dan meyakinkan rakyat untuk mengambil dos penggalak terutama bagi golongan sasar berisiko tinggi.

Ia susulan 40 peratus rakyat negeri ini yang sepatutnya mendapatkan suntikan dos penggalak tidak hadir janji temu yang ditetapkan menerusi aplikasi MySejahtera.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kekeliruan terhadap dos penggalak mungkin menjadi antara penyebab masyarakat mengabaikan janji temu yang telah dijadualkan.

“Mungkin isu keyakinan dan jenama vaksin pun boleh menjadi punca kerana ada antara mereka yang tetap mahu vaksin (dos penggalak) Sinovac dan ada yang mahu jenama lain.

“Pemberian dos penggalak jenama berbeza mungkin mengelirukan dan menjejaskan keyakinan orang ramai, maka ini menjadi cabaran baharu buat kita untuk mengembalikan kepercayaan mereka.

“Kementerian Kesihatan perlu menyalurkan maklumat yang lebih terang dan jelas untuk meningkatkan kesedaran sekali gus menambah keyakinan masyarakat akan keberkesanan dos penggalak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penanaman pokok Cassia Siamea, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Kon Yeow menyifatkan situasi semasa pandemik itu di negeri ini masih terkawal susulan tiada kenaikan mendadak jumlah kes baharu Covid-19.

“Kadar kematian, kemasukan pesakit, penggunaan katil wad biasa dan unit rawatan rapi (ICU) serta penggunaan ventilator mencatatkan penurunan, namun kita masih perlu berjaga-jaga.

“Kita semua perlu mengambil sikap bertanggungjawab mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya