Burger naik harga:  Kenaikan tampung modal harian  - Utusan Malaysia

Burger naik harga:  Kenaikan tampung modal harian 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kos bahan mentah yang melambung berlipat kali ganda menyebabkan pengusaha Wan Burger di hadapan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini terpaksa menaikkan harga barangan jualannya, sejak dua bulan lalu.

Mohd. Awang Abdullah, 55, berkata, kenaikan sebanyak RM0.20 sen kepada RM3.50 untuk sebiji burger itu bagi menampung modal harian perniagaan yang makin bertambah.

Katanya, sejak enam bulan lalu, harga roti naik 4 sen sebiji daripada RM2 untuk 10 biji kepada RM2.50 jumlah sama di samping peningkatan kos daging.

Malah, katanya, kos sayur-sayuran turut meningkat sekali ganda seperti timun daripada RM20 sekilogram kepada RM44, tomato RM2.50 sekilogram kepada RM5 dan daun sup RM4 sekilogram kepada RM15 di samping sos pula RM60 sekarton kepada RM67.

“Sepanjang 30 tahun berniaga, saya jarang naikkan harga dan kenaikan terbaharu ini disebabkan tidak mampu lagi menanggung kos modal harian.

“Jika diikutkan jumlah 20 sen itu memang tidak berbaloi tetapi kerana saya dapat menjual kuantiti yang banyak pada setiap malam, sekurang-kurangnya dapatlah meringankan bebanan,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Mohd. Awang, setiap malam kira-kira 200 biji burger yang dihasilkannya terjual dengan purata pendapatan melebihi RM600.

Katanya, dia tidak berhasrat untuk menaikkan lagi harga jualan kerana tidak mahu membebankan pelanggan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya