Bukit Lata diserbu orang ramai untuk cari ketulan emas

Bukit Lata diserbu kerana ketulan emas

GAMBAR tular menunjukkan penduduk sedang mencari batu-batuan yang dipercayai mengandungi emas di Bukit Lata, Rantau Panjang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Kampung Bukit Lata di sini, menjadi tumpuan orang ramai sejak dua hari lalu selepas penduduk digemparkan dengan penemuan ketulan batu yang didakwa mengandungi emas.

Difahamkan, ketulan batu mengandungi emas dijumpai penduduk di sekitar kawasan tapak pembinaan projek tebatan banjir di kampung itu yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan ketika ini.

Satu rakaman klip video turut tular dalam media sosial seperti Facebook sejak semalam, memaparkan orang ramai yang dilihat sedang sibuk melombong emas di kawasan itu pada waktu malam.

Sementara itu, seorang penduduk hanya mahu dikenali sebagai Mat, 37, berkata, selepas penemuannya dihebohkan, dia turut bergegas ke lokasi untuk melihat sendiri ketulan batu tersebut.

“Memang betul ketulan batu yang ditemukan salah seorang jiran saya itu mempunyai warna kuning seakan-akan emas.

“Cuma kami tidak dapat pastikan sama ada ia emas betul atau sebaliknya. Namun gerak hati saya mengatakan ia adalah emas cuma bahan mineral itu masih lagi muda,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Mat yang merupakan anak jati Kampung Bukit Lata memberitahu, dakwaan tersebut ada asasnya kerana Bukit Lata selama ini memang kaya dengan sumber mineral semula jadi seperti bijih besi.

“Selepas video memaparkan penduduk cari ketulan batu mengandungi emas tular di Facebook semalam, pihak pengurusan tapak projek menutup kawasan itu dan hari ini orang ramai sudah tidak dibenarkan masuk,” ujarnya.

Utusan Malaysia cuba mendapatkan respon pihak pengurusan projek itu namun gagal manakala pihak berkuasa tempatan (PBT) pula enggan mengulas lanjut mengenai penemuan emas tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya