Pemilik butik buka 11 gerai nasi lemak dalam tempoh empat bulan - Utusan Malaysia

Pemilik butik buka 11 gerai nasi lemak dalam tempoh empat bulan

SHEERA Armimi Kasuadinata menunjukkan Nasi Lemak Abu Nawas Viral yang kini laris dijual di sekitar Kota Bharu. – UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pemilik butik pakaian tidak menyangka usahanya untuk bangkit semula dengan berniaga nasi lemak membuahkan hasil lumayan selepas butik miliknya itu kurang mendapat sambutan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lebih menggembirakan, Nasi Lemak Abu Nawas Viral dijual pada harga RM2.50 itu tular dalam media sosial hinggakan Sheera Armimi Kasuadinata, 24, bersama ibunya tidak menang tangan menyiapkan hampir 900 bungkus nasi lemak sehari di 11 gerai cawangan mereka.

Sheera Armimi memberita­hu Utusan Malaysia, mereka mula berniaga nasi lemak sejak Julai lalu selepas hampir setahun terputus punca pendapatan ekoran butik pakaian miliknya kekurangan pelanggan sepanjang tempoh PKP itu.

“Disebabkan keadaan eko­nomi keluarga kami tidak menentu, saya memilih berniaga nasi lemak yang dimasak ibu, Siti Miah Mohd. Rameli.

“Dengan modal RM10,000, kami berjaya membuka 11 gerai Nasi Lemak Abu Nawas Viral di sekitar Kota Bharu, Wakaf Che Yeh dan Pengkalan Chepa,” katanya di sini baru-baru ini.

Jelasnya, supaya rezeki berkat, mereka menyediakan hidangan nasi lemak percuma di masjid-masjid dan rumah anak yatim pada setiap Jumaat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya