PETALING JAYA: Seorang lelaki warga emas yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan selepas dipercayai melakukan seks luar tabii dengan seekor kambing betina, bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini.
Menurut laporan, kambing betina itu mati dalam kejadian Julai lalu.
Kejadian berlaku di Serendah, Selangor.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.30 petang apabila pemilik kambing berusia 45 tahun terdengar bunyi mengembek dari kandangnya yang terletak di belakang rumah sebelum mendapati terdapat seorang lelaki warga tempatan yang dikenali dalam keadaan separuh bogel bangun dari sebelah kambing. -UTUSAN ONLINE