Bot pukat tunda dikendalikan PATI tangkap ikan di zon larangan

Bot pukat tunda dikendalikan PATI tangkap ikan di zon larangan

BOT pukat tunda yang ditahan kerana menangkap ikan di zon larangan di perairan Tanjung Hantu dekat Lumut, Perak, semalam. - FOTO/IHSAM MARITIM MALAYSIA PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak menahan sebuah bot pukat tunda Kelas B kerana melanggar syarat sah lesen pada kedudukan lebih kurang 3.6 batu nautika barat laut Tanjung Hantu, Segari dekat sini, tengah hari semalam. 

Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, tangkapan itu dilakukan oleh bot ronda Maritim yang sedang melaksanakan Op Benteng dan Op Pintas di persempadanan perairan negeri ini pada pukul 12.45 tengah hari.

“Ketika ditahan, bot yang hanya dikendalikan seorang kru warga Myanmar tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah itu sedang melakukan aktiviti perikanan berhampiran Tanjung Hantu dengan menggunakan pukat tunda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shahrizan, bot tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan kurang daripada lima batu nautika seperti kebenaran syarat sah lesen dan Akta Imigresen 1959/63. 

Katanya, bot bersama kru serta hasil tangkapan yang dianggarkan lebih kurang 10 kilogram dibawa ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Kampung Bharu, Sitiawan, dan tiba sekitar pukul 4.15 petang semalam untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Perak untuk tindakan lanjut. 

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kegiatan seperti itu dan jenayah maritim, agar menyalurkan maklumat kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya