BN tidak tergugat PN pilih Mas Ermieyati jadi KM Melaka 

BN tidak tergugat PN pilih Mas Ermieyati jadi KM Melaka 

SYED MOHD. JOHAN RIZAL SYED UNAN MASHRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) tidak tergugat dengan pengumuman Perikatan Nasional (PN) berhubung pemilihan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai Ketua Menteri jika gabungan parti itu menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, esok. 

Menurut Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri, pihaknya percaya pengundi Melaka akan membuat pilihan bijak dan tidak tega memilih pemimpin yang pernah mengkhianati partinya sendiri.

“Masakan orang Melaka mahu Mas Ermieyati jadi Ketua Menteri. Orang Melaka tahu sejarahnya, lompat parti dan khianati kepercayaan pengundi Parlimen Masjid Tanah dan BN. Dalam Kabinet sekarang ini pun saya tidak nampak apa KPI (petunjuk prestasi utama) dan pencapaiannya,” katanya di sini hari ini.

PN semalam mengambil langkah berani dengan mengumumkan Mas Ermieyati sebagai calon Ketua Menteri sekiranya parti itu memperoleh mandat pada PRN Melaka, esok.

Syed Mohd. Johan berkata, bukan gender yang dipertikaikan namun prestasi dan rekod pemimpin berkenaan yang dianggap tidak layak memimpin sebuah negeri.

“Pilihan siapa jadi Ketua Menteri merupakan satu urusan yang serius demi rakyat Melaka, bukan separuh masa tetapi sepenuh masa,” jelasnya.

Beliau pada masa yang sama mempersoalkan sikap berdiam diri parti lain dalam PN terutama Pas yang sebenarnya mempunyai pemimpin yang lebih berkaliber di negeri ini.

“Adakah PN tidak ada calon yang lebih layak? Bagaimana dengan Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen yang menjadi Pengerusi Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) Melaka atau pemimpin daripada Pas yang cukup pengalaman sebagai sebuah parti yang berakar umbi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya