Berita baik menanti peminat Liga M - Utusan Malaysia

Berita baik menanti peminat Liga M

SEMUA Penyokong berharap mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk sekurang-kurangnya minum di dalam stadium.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Keluhan penyokong bola sepak tempatan berhubung isu tidak boleh makan dan minum di stadium akhirnya mendapat perhatian serius Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menterinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan ada berita baik mengenai perkara itu dan satu pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.

Ahmad Faizal berkata, beliau mendengar banyak keluhan mengenai perkara itu khususnya daripada penyokong tegar bola sepak tempatan.

“Saya sendiri telah berhubung dengan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan menyampaikan keluhan itu. Beliau (Khairy) mendengar keluhan itu dan InsyaAllah , berita baik mengenainya akan diumumkan tidak lama lagi.

“Ia tentunya berita baik buat penyokong bola sepak yang hadir ke stadium,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP), KBS di sini, semalam.

Katanya, berita baik itu akan diumumkan oleh KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.

Baru-baru ini, penyokong bola sepak tempatan yang hadir ke stadium pada aksi Piala Malaysia mengeluh apabila mereka tidak dibenarkan minum.

Keluhan sama turut disuarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam.

Malah, MFL telah mengambil tindakan susulan dengan menghantar rayuan kepada pihak kerajaan untuk mempertimbangkan perkara berkenaan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya