Barisan hadapan terkandas 19 jam di kampung Orang Asli - Utusan Malaysia

Barisan hadapan terkandas 19 jam di kampung Orang Asli

UNIT Udara JBPM berjaya menyelamatkan 21 petugas kesihatan yang terkandas di Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan akibat jalan runtuh dan hujan lebat. Gambar IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seramai 21 petugas barisan hadapan Hospital Orang Asli Gombak, Selangor terkandas lebih 19 jam di Pos Tohoi, dekat sini selepas jalan balak rosak teruk ekoran hujan lebat berterusan sejak semalam.

Mereka akhirnya berjaya dibawa keluar dengan bantuan helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan selamat tiba di Subang, Selangor kira-kira pukul 12.20 tengah hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Unit Udara JBPM, Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Mohd. Farhan Marzuki berkata, kumpulan tersebut masuk ke Pos Tohoi sejak seminggu lalu bagi memberi suntikan vaksin kepada Orang Asli.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kata beliau, mereka dijadual bertolak pulang menggunakan laluan darat petang semalam namun terpaksa membatalkannya kerana jalan balak
rosak teruk akibat cuaca buruk.

“Sejurus menerima laporan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), operasi segera dijalankan menggunakan helikopter M1-17 dari Pulau Langkawi, Kedah pada pukul 9.20 pagi ini.

“Helikopter tiba di Pos Tohoi pada 11.10 pagi bagi menyelamatkan 21 petugas kesihatan itu dan selamat tiba di Subang pada 12.20 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Menurut beliau, penerbangan itu diketuai Timbalan Penguasa Bomba 1 Ahmad Fissol Ismail bersama empat anggota. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya