PETALING JAYA: Hujan lebat di sekitar Lembah Klang sejak petang tadi menyebabkan beberapa jalan raya utama di seluruh Kuala Lumpur dinaiki air sehingga mengakibatkan kesesakan trafik.
Menurut Facebook Pusat Pengurusan Pengangkutan (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), jalan raya terlibat adalah Lebuh Raya Mahameru, Jalan Klang Klang, Jalan Genting Klang, Jalan Istana, Jalan Kinabalu dan Jalan Kuching.
Selain itu, banjir kilat yang berlaku di hadapan Astro menghala Bulatan Lumba Kuda mengakibatkan kesesakan di Lebuh Raya Bukit Jalil.
Malah situasi sama terjadi melibatkan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban apabila air bertakung di susur Bukit Jalil dan hanya satu lorong kanan boleh dilalui kenderaan.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur dan Selangor serta Melaka.