Banjir di Kedah semakin buruk, jumlah mangsa banjir meningkat 954 orang - Utusan Malaysia

Banjir di Kedah semakin buruk, jumlah mangsa banjir meningkat 954 orang

BERAPA penduduk membawa bot di dalam petak sawah yang dipenuhi air dalam kejadian banjir di Kampung Kandai, Mukim Tajar, Alor Setar, Kedah, hari ini. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat apabila seramai 954 mangsa daripada 266 keluarga ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah, sehingga pukul 8 pagi ini.

Peningkatan tersebut berlaku berbanding seramai 932 mangsa daripada 262 keluarga yang direkodkan semalam.

Ketua Bahagian Sekretariat Bahagian Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd. Muaz Mohd. Yusof berkata, empat daerah tersebut adalah Pendang, Kota Setar, Kubang Pasu dan Baling.

Menurutnya, setakat ini, dua PPS di daerah Pendang masih aktif.

Seorang penduduk meredah air banjir di hadapan rumahnya di Kampung Alor Tebuan, Mukim Tajar, Alor Setar.
UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN

“Jumlah mangsa masih sama di PPS Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah iaitu 206 mangsa daripada 50 keluarga dan peningkatan di PPS Dewan Cenderawasih iaitu 81 mangsa daripada 25 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Muaz berkata, di daerah Kota Setar, hanya satu PPS di Pokok Sena apabila PPS Surau Kampung Permatang Limau telah ditutup semalam dan 10 mangsa daripada tiga keluarga masih di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tualang.

“Terdapat satu pertambahan PPS di daerah Kota Setar iaitu PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent yang menempatkan 158 mangsa daripada 46 keluarga yang dibuka pada pukul 4 petang semalam.

“Tiga PPS di sini tiada pertambahan atau pengurangan mangsa iaitu 80 mangsa daripada 23 keluarga di PPS SK Langgar, 67 mangsa daripada 25 keluarga di PPS SK Suka Menanti dan 118 mangsa daripada 32 keluarga di PPS SK Darul Hikmah,” ujarnya.

Tambahnya, dua lagi PPS ada perubahan iaitu di PPS SK Haji Wahab kini berkurang dengan 22 mangsa daripada enam keluarga dan meningkat di PPS SK Convent dengan 87 mangsa daripada 22 keluarga.

“Di daerah Kubang Pasu pula, jumlah di PPS SK Dewan Kampung Tradisi, Lebah Keriang mencatatkan menurunan kepada 27 mangsa daripada sembilan keluarga dan PPS SK Malau masih sama iaitu 28 mangsa daripada lima keluarga,” katanya.

Katanya, satu PPS dibuka di daerah Baling iaitu PPS SK Tembak A yang menempatkan 10 mangsa dan dibuka pada pukul 5.45 pagi tadi. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya