Bandar Teluk Intan dinaiki air pasang besar pagi tadi

Bandar Teluk Intan dinaiki air pasang besar

PELANGGAN bersarapan pagi di sebuah kedai makan di Jalan Pasar, Teluk Intan yang dinaiki air berikutan fenomena air pasang besar pagi ini. - FOTO/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Beberapa kawasan di bandar Teluk Intan dinaiki air pagi ini berikutan fenomena air pasang besar.

Ini merupakan kejadian kedua beberapa kawasan di bandar ini dinaiki air berikutan fenomena air pasang besar selepas kejadian Khamis lalu.

Air mula naik pada kira-kira pukul 5.30 pagi ini berikutan air dari Sungai Perak, Sungai Bidor dan Sungai Batang Padang yang melimpahi tebing.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati antara kawasan yang dinaiki air terletak berhampiran Sungai Perak termasuk bangunan mahkamah lama, padang Majlis Perbandaran Teluk Intan, pejabat Pos Malaysia selain premis perniagaan seperti bank dan kedai makan.

Turut dinaik air termasuk kampung di sekitar bandar ini antaranya Kampung Beca, Kampung Durian Sebatang, Kampung Terengganu, Kampung Esso, Kampung Batak Rabit, Kampung Lorong Pinang, Kampung Pisang dan Batu 6 Jalan Maharajalela.

Bagaimana pun setakat kini tiada laporan penduduk di sini dipindahkan berikutan fenomena air pasang besar.

Sebelum ini, fenomena air pasang besar dijangka melanda Kedah, Perak, Selangor dan Johor selama empat hari mulai kelmarin.

Fenomena tersebut akan menjadi lebih buruk jika disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat secara serentak, berisiko mengakibatkan banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai.

Di Perak, antara kawasan yang dijangka terlibat dengan fenomena itu ialah di Bagan Datuk.

Sekretariat Bencana Daerah Bagan Datuk mengenalpasti 21 kawasan di daerah itu yang berdepan risiko banjir akibat fenomena air pasang besar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya