Apakah susu formula yang menjadi pilihan ibu-ibu di ASEAN? - Utusan Malaysia

Apakah susu formula yang menjadi pilihan ibu-ibu di ASEAN?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  The Asian parent (TAP), iaitu  platform keibubapaan dan komuniti terbesar untuk ibu bapa di Asia Tenggara melebih 35 juta pengguna setiap bulan, telah mengadakan satu tinjauan pengguna mengenai susu formula yang paling menjadi pilihan.

Tinjauan ini memberikan gambaran jelas kepada jenama susu tentang di mana kedudukan mereka berbanding pesaing menurut pengguna jenama tersebut sendiri di setiap pasaran iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand.

Lebih 5,000 ibu diminta untuk menilai jenama susu formula yang mereka telah gunakan dalam tempoh tiga bulan lalu berdasarkan tujuh parameter iaitu memenuhi keperluan, kepercayaan, cinta pada jenama, keunikan, nilai untuk wang, kepuasan, dan kemungkinan
Jenama yang muncul di tangga teratas di setiap negara terbabit ialah:
● Indonesia: S-26 di tempat #1 dalam semua parameter kecuali keunikan, yang mana Pediasure menduduki tempat teratas
● Malaysia: PediaSure, Enfagrow, dan Karihome memperoleh tiga 3 OBS teratas
● Filipina: Enfamil mendapat OBS tertinggi pada 6.13
● Singapura: Aptamil dan Dugro dinilai tertinggi oleh para ibu
● Thailand: Dumex mendahului 6 daripada 7 parameter tetapi Enfagrow mendapat OBStertinggi.

Laporan itu menyatakan bahawa di seluruh pasaran, skor menurun apabila ia menyentuh tentang keunikan. Ketua Wawasan Serantau TAP, Malena Gong, mengulas: “Ini adalah penemuan menarik yang kami gembira untuk berkongsi dengan semua jenama. Itulah apa Asianparent Insights ingin lakukan dan mampu lakukan memandangkan kami ada komuniti besar, keupayaan teknologi dan keinginan untuk merapatkan jurang antara ibu dan pemasar.

“Keunikan adalah titik kesukaran dan peluang yang boleh digunakan oleh jenama-jenama ini untuk memenangi para ibu, datang terus daripada ibu.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya