Agensi agama sampaikan bantuan RM41,600 kepada penduduk Langkawi

Agensi agama sampaikan bantuan RM41,600 kepada penduduk Langkawi

WAKIL dari agensi-agensi agama bergambar selepas menyampaikan bantuan sempena Program Ziarah Musaadah Menyantuni Asnaf dan Penduduk di Langkawi, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Golongan asnaf, B40 dan pihak yang terkesan dengan Covid-19 di Pulau Tuba, Langkawi, Kedah menerima bantuan sempena Program Ziarah Musaadah Menyantuni Asnaf dan Penduduk.

Program yang diadakan tiga hari bermula semalam itu anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). 

Menurut Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Jakim, Ruslan Said, sumbangan itu bertujuan membantu penduduk yang mengalami penyakit kronik dan masalah kewangan serta bantuan untuk pelajaran anak.

Katanya, ini termasuk bantuan kepada masjid yang keseluruhannya berjumlah RM41,600.

“Golongan yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19 ini telah menerima sumbangan dengan penuh kesyukuran dan berterima kasih kepada penyumbang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Program berkenaan dirasmikan Setiausaha Bahagian Sumber Manusia Jabatan Perdana Menteri, Datuk Shahrul Kamal Osman yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Datuk Syeikh Zakaria Othman. 

Program Ziarah Musaadah ini juga diserikan dengan pengisian rohani oleh Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lokman Mohd. Hosni melalui slot Kuliah Maghrib di Masjid Al-Wafa dan Kuliah Subuh di Masjid Al-Hana oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd. Hosni yang turut disiarkan secara langsung di Facebook Rasmi Jakim.

Inisiatif murni agensi-agensi agama itu adalah manifestasi daripada pendekatan Keluarga Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya