Seramai 885 mangsa banjir masih ditempatkan di 11 PPS

885 mangsa banjir masih ditempatkan di 11 PPS

SEORANG penduduk meredah air banjir di Kampung Alor Tebuan, Mukim Tajar, Alor Setar, Kedah. - FOTO/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di negeri ini catat penurunan setakat pagi ini apabila seramai 885 mangsa daripada 240 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 954 mangsa daripada 266 keluarga pada semalam.

Ketua Bahagian Sekretariat Bahagian Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd. Muaz Mohd. Yusof berkata, kesemua mangsa ditempatkan di 11 PPS di tiga daerah sehingga pukul 8 pagi.

Kata beliau, jumlah mangsa di daerah Pendang masih sama iaitu 206 mangsa daripada 50 keluarga di PPS Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah dan 81 mangsa daripada 25 keluarga di PPS Dewan Cenderawasih.

“Di daerah Kota Setar iaitu di Pokok Sena kini hanya empat mangsa daripada satu keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tualang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Muaz berkata, terdapat satu pertambahan PPS di daerah ini apabila seramai 62 mangsa daripada 15 keluarga di tempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Kuala yang dibuka pukul 4 petang semalam.

“Selain itu, PPS SK Haji Wahab juga telah ditutup semalam dan mangsa di enam PPS di sini masih sama iaitu 80 mangsa daripada 23 keluarga di PPS SK Langgar dan 66 mangsa daripada 25 keluarga di PPS SK Suka Menanti.

“Di PPS SK Darul Hikmah menempatkan 114 mangsa daripada 31 keluarga, 89 mangsa daripada 23 keluarga di PPS SK Convent, 10 mangsa daripa dua keluarga di PPS SK Titi Gajah dan 163 mangsa daripada 44 keluarga di PPS SMK Convent,” ujarnya.

Menurutnya, jumlah mangsa di daerah Baling pula masih sama iaitu 10 mangsa daripada satu keluarga di PPS SK Tembak A.

“Dua PPS di daerah Kubang Pasu iaitu PPS SK Dewan Kampung Tradisi, Lebah Keriang dan PPS SK Malau telah ditutup semalam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya