75 calon Anugerah Belia Terengganu jadi mentor - Utusan Malaysia

75 calon Anugerah Belia Terengganu jadi mentor

AHMAD Samsuri Mokhtar (dua, dari kiri) dan Wan Sukairi Wan Abdullah (kiri) melancarkan sambutan Hari Belia 2021 peringkat negeri di Kuala Terengganu, semalam. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan memperkasakan kesemua 75 calon Anugerah Belia Terengganu 2021 sebagai mentor dalam menyuntik semangat kalangan anak muda, bermula tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, khidmat mereka amat diperlukan bagi berkongsi pengalaman di samping membimbing golongan sasar agar lebih berdaya saing terutama dalam suasana pasca Covid-19 yang mencabar.

Katanya, kesemua calon berkenaan mempunyai kelebihan dalam bidang keusahawanan, pertanian, kepemimpinan dan kesukarelawanan.

“Mereka akan dijemput dalam pelbagai program sebagai mentor kepada belia dan beliawanis di seluruh negeri.

“Memandangkan mereka seusia, jadi saya berpendapat lebih mudah untuk golongan sasar menerima setiap perkongsian atau nasihat yang diberikan oleh calon-calon anugerah berbanding jika kita mengundang penceramah lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas sambutan Hari Belia peringkat negeri yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Wan Sukairi berkata, pelbagai perancangan dirangka pada tahun depan untuk pembangunan belia termasuk pemberian bantuan kepada mereka.

“Saya mengharapkan ada khabar gembira dalam pembentangan Bajet 2022 esok untuk golongan belia misalnya insentif buat mereka yang terkesan akibat Covid-19.  Sekurang-kurangnya pemberian itu dapat dijadikan modal atau untuk bangkit kembali,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya