7,302 premis dibenar jual kit ujian kendiri, harga RM4.90 di Speedmar - Utusan Malaysia

7,302 premis dibenar jual kit ujian kendiri, harga RM4.90 di Speedmar

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sehingga kini memberi kebenaran kepada 7,302 premis di seluruh negara untuk menjual kit ujian kendiri bagi saringan Covid-19.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kebenaran juga sudah diberikan Kementerian Kesihatan (KKM) serta pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) berhubung penjualan tersebut.

“Mengambil kira semangat Keluarga Malaysia diilhamkan oleh Perdana Menteri, antara strategi dilaksanakan adalah memberikan kebenaran kepada lebih banyak premis seperti di pasar raya dan kedai rangkaian menjual kit ujian kendiri Covid-19 yang telah mendapat kebenaran pihak MDA dan KKM.

“Peluasan penjualan ini menyaksikan harga kit ini dijual pada harga RM6.90,” katanya dalam kenyataan di Facebook selepas merasmikan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) di rangkaian Kedai 99 Speedmart yang ke-2,000 di Puncak Sentul, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, pihak kementerian sentiasa mendengar keluhan rakyat yang terkesan susulan set tersebut dijual pada harga tinggi sebelum ini dan melalui usaha dilaksanakan, harga kit ujian kendiri bditurunkan dari RM39.90 kepada harga siling RM19.90 di peringkat runcit.

“Perbincangan berterusan yang diadakan bersama KPDNHEP dan KKM, saya bersetuju harga kit ini perlu diturunkan lagi tanpa berkompromi dengan kualiti kit ujian ini.

“Semestinya saya mahu kit ini dapat dibeli dengan harga mampu milik agar semua rakyat dapat melakukan sendiri ujian secara kerap,” jelasnya.

 Dalam masa sama, beliau turut gembira melihat inisiatif yang diambil oleh 99 Speedmart yang sudah mula menjual kit tersebut pada harga RM4.90 seunit. – UTUSAN ONLINE  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya